search je kat sini kalo nk senang

Sunday, February 13, 2011

dah dpt idea...sini hampa bole la taw rahsia cara tidur kita...tak kompom la btol ka x....ni org ckp la...

Tidur telentang dengan kedua-dua telapak tangan diletakkan di belakang kepala
Kamu adalah individu yang sangat pintar dan sentiasa bersemangat untuk belajar. Kadangkala kamu sering memberikan idea yang bernas dan unik yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh individu lain. Keluarga adalah agenda utama dalam hidup mu dan kamu menjaga keluarga mu sebaik mungkin! Tetapi kamu sukar untuk bercinta mungkin disebabkan diri mu yang agak memilih.


Selubung seluruh badan dengan selimut
Kamu sering berpenampilan macho di hadapan orang ramai namun hakikatnya jauh di dalam diri kamu itu, kamu adalah individu yang pemalu dan lemah. Kamu terlalu menyimpan rasa dan sekiranya kamu berhadapan dengan sesuatu masalah, kamu lebih
gemar emendamnya dan menghadapinya secara bersendirian tanpa meminta bantuan orang lain. Tidak hairanlah mengapa kamu sering meracau sewaktu dalam tidurmu.


Tidur dengan kedua-dua tangan diletakkan di belakang kepada dan kaki bersilang
Sesiapa yang tidur dengan cara kaki bersilang dianggap terlalu mementingkan perasaannya sendiri dan sukar untuk menerima perubahan dalam diri. Kamu lebih gemar bersendiri walau bagaimanapun sikap toleransi yang yang ada dalam diri kamu memang dipuji.


Tidur meringkuk
Kamu berasa keseorangan dan kecewa kerana masa silam sering menghantui diri kamu. Kamu sering teragak-agak dan berbelah bagi untuk memberi cinta kepada pasangan mu. Kamu beranggapan cinta telah lama hilang dalam hidupmu.


Tidur mengiring dan meringkuk

Pentingkan diri sendiri, cemburu dan pendendam adalah antara perkataan yang mampu menjelaskan personaliti mu. Individu yang berada di sekeliling mu harus sentiasa berhati-hati supaya tidak menyakiti diri mu kerana kamu dengan mudah akan meradang terhadap individu berkenaan.


Tidur mengiring dengan salah satu kaki dibengkokkan
Kamu adalah individu yang cerewet dan selalu mengkritik dan merungut. Si gemuruh itu adalah nama kedua untuk diri mu. Selain itu kamu juga mudah bosan dan kadangkala terlebih ghairah untuk sesuatu perkara yang kecil/kurang penting. Hakikatnya, kehidupan bukanlah sesuatu yang sukar sebaliknya kamu harus belajar uuntuk lebih bertenang.


Tidur mengiring dengan beralaskan lengan tangan di kepala
Berbeza dari individu yang tidur dengan cara tidur mengiring dan meringkuk tadi. Kamu adalah individu yang berani, bersopan santun, lebih jujur dan penyayang. Walau bagaimanapun, tiada manusia yang sempurna 100% di dunia ini. Justeru, kamu perlu membina keyakinan diri yang lebih utuh di dalam diri dan sentiasa belajar menerima kesilapan dan kekurangan yang ada dalam diri kamu itu. Sekiranya kamu mempraktikkan semua ini, kegembiraan akan menjadi milik mu yang abadi.


Tidur meringkuk di satu arah
Cara tidur sebegini melambangkan kamu adalah individu yang yakin pada diri sendiri. Kamu akan mellihat kejayaan dalam setiap perkara yang kamu lakukan. Kamu akan berusaha untuk merealisasikannya sebaik mungkin. Individu yang tidur mengiring pada arah kanannya dengan meletakkan tangan kanannya di kepala, dikatakan memiliki masa depan yang cerah.


Tidur telentang dengan tangan dan kaki sedikit mendepa
Cara tidur sebegini memperlihatkan identiti diri mu yang sebenar. Kamu cintakan kebebasan, keselesaan dan kecantikan. Selain itu kamu juga adalah tergolong dalam kategori pemboros namun kamu beruntung kerana pendapatan yang kamu miliki tidak kurang hebatnya. Sikap penyibuk dan gemar bergosip juga ada dalam diri kamu... jadi, siapa pula yang kamu maksudkan dalam cerita rekaan mu baru-baru ini?


Tidur meniarap

Sekiranya kamu tidur dengan cara meniarap sepanjang malam, kamu adalah individu yang berfikiran agak sempit. Fikiran kamu terlalu tertumpu dan sering memaksa individu lain untuk memenuhi impian diri kamu sendiri. Kamu juga adalah individu yang lalai dan tidak teratur!

pesan pakcik

pada suma yg support blog ni alhamdulillah trimas ya...emmm ng piki nk sumbat apa lgi ni apa2 hal pak cik cuba wat benda2 yg dpt wat suma org epy...XD

iklan sardin XD

Saturday, February 12, 2011

ni pak cik ada 1 cite....pada suatu hari/bulan/taon ke apa pon bole la......

Seorang pengurus sebuah Zoo mendapat panggilan telefon mengenai kematian seekor gajah di Zoo tersebut. Sebagai langkah pemeriksaan, pengurus tersebut telah pergi ke kandang gajah tersebut dan mendapati ada seorang lelaki menangis bersebelahan dengan bangkai gajah tersebut.

Pengurus : Sebagai penjaga gajah, saya faham kesedihan yang kamu tanggung kerana apabila haiwan yang kita bela sudah mati.dulu hang dok tdoq dgn gajah ni kan ??

Lelaki : otak hang la.....aku sedih bkn pasai gajah ni mati...dya mati pon aku peduli apa,aku x kenai gajah ni...dala besaq....

pengurus:habih tu napa menangis nie encik...

lelaki:depa suruh aku tanam gajah ni,,mana la aku larat...aku ni penggali kubuq,,,wa.... kalo hang x caya hang tnya la pencipta blog ni...ni haikal la salah...dia wat watak aku kena tanam gajah ni wa....

salam...tjok cite ni razak yg malang XD enjoy baca taw,,,dye jumpak antu.....woooo

Razak yang bekerja di Petronas Twin Tower terpaksa balik lambat kerana ada hal yang harus diselesaikan.Setelah menghabiskan kerjanya , lebih kurang pukul 10 malam , dia yang berada ditingkat 8 bangunan itu bersedia hendak turun ke tingkat bawah.Semasa dia masuk ke dalam lift segera ditekannya butang G tetapi lif itu tidak turun malahan naik dan berhenti di tingkat 35. 
Apabila sampai ditingkat 35 , pintu lift terbuka dan masuklah saorang gadis yang amat jelita. Dia tidak pernah melihat gadis sejelita itu.Kulitnya putih dan rambut ikar mayang serta berbau sangat wangi.Razak berdiri dekat dengan pintu lift dan gadis itu berjalan terus kebelakangnya.Sejurus kemudian lift itu pun turun.
Ketika lift itu sedang turun,lift itu berhenti secara tiba-tiba dan lampu padam kerana black-out.Semasa dia meraba-raba mencari butang loceng kecemasan lift itu,dia berbau suatu bau yang amat busuk. Dalam kegelapan itu , pelbagai perkara bermain difikirannya sehinggakan dia berfikir mungkin perempuan tadi adalah hantu.Lututnya pun makin lemah dan segera dia teringat akan keluarganya.
Peluh dibadan sudah pun keluar dan kepala pun berpinar serasa akan pitam. Bau busuk itu masih ada. Dalam kegelapan dan kesunyian itu dia rasa masa berjalan amat lambat sekali. Tiba-tiba lampu bernyala kembali dan lift pun berjalan semula menuju ke ground floor.
Dengan rasa penuh cemas dan takut dia menoleh kebelakang untuk melihat sama ada lembaga itu masih ada atau tidak. Rupa-rupanya gadis itu masih ada dan kali ini gadis itu tersenyum padanya hingga ternampak gigi-
giginya yang amat cantek sambil berkata 
“I’m sorry, tadi I terkentut”. LOL!!! jgn marah ya kpd sume reader XD